Stadium Sultan Muhammad ke IV

KOTA BHARU – Stadium Sultan Mu,hammad IV dijangka akan kembali beroperasi untuk aktiviti sukan pada awal Januari tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri Zamakhshari Muhamad berkata, ketika ini kerja-kerja menaik taraf dan menambah baik stadium terbabit masih dilakukan pihak kontraktor yang dilantik.

“Sekarang ini, kerja-kerja pemasangan longkang telah siap dan sedang diuji kebocoran sebelum stadium kembali beroperasi.

“Selain itu, pemasangan paip dan pendawaian juga sedang dilaksana dan dijangka mengambil masa sehingga hujung bulan November ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mengulas mengenai pemulihan rumput di stadium berkenaan, Zamakhshari berkata tempoh pemulihan rumput di stadium berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada hujung Disember ini.

“Kita jangka stadium ini  akan kembali menjadi gelanggang kepada Kelantan Darul Naim FC yang  beraksi pada saingan Liga Super dan aktiviti sukan pada Januari 2025,” katanya.

Beliau berkata, kerja-kerja menaik taraf stadium itu telah bermula sejak Ogos lepas melibatkan kos bernilai lebih RM500,000 serta dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Stadium Sultan Muhammad IV dibina pada tahun 1965 itu mampu menampung jumlah penonton sehingga 30,000 orang dan menjadi gelanggang ‘keramat’ kepada pasukan bola sepak di negeri itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast