KUALA LUMPUR – Seramai 107,453 atau 95 peratus peneroka FELDA seluruh negara sudah mendapat hak milik tanah masing-masing sehingga 7 Oktober lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, FELDA akan mengesyorkan kepada kerajaan negeri mengeluarkan surat hak milik kepada peneroka yang sudah menyelesaikan hutang kepada agensi itu dan kerajaan negeri berdasarkan peraturan sedia ada.
“Peraturan itu selaras peruntukan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 dan perjanjian antara FELDA dan peneroka.
“Surat hak milik dikeluarkan di bawah kuasa kerajaan negeri dan membabitkan Jabatan Tanah dan Galian, Pejabat Tanah Daerah dan Jabatan Ukur Negeri.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) mengenai usaha pertukaran hak milik peneroka melalui penyeragaman sistem pengurusan FELDA dan cadangan peruntukan baharu yang akan diwujudkan bagi kemudahan peneroka.
“Bagaimana perkara ini akan dilaksanakan apabila 12 pusat dialisis yang disasarkan bagi tahun ini hingga 2025 siap dibina dan beroperasi terlebih dahulu.
“Buat masa ini, dua pusat dialisis siap dibina manakala enam lagi dalam pembinaan yang dijangka siap pada 2024 dan empat lagi dalam pembinaan yang dijangka siap tahun depan,” katanya. – MalaysiaGazette