Riyad Mansour. foto IRNA

TEHRAN – Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) , Riyad Mansour, menegaskan bahawa bangsa dan negaranya tidak akan hilang.

Dengan ucapan penuh semangat, Riyad meminta Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan segera untuk menangani krisis kelaparan di Gaza, lapor IRNA.

“Mari kita berhenti sejenak dan memahami maksudnya bahawa Israel telah memutuskan dan melaksanakan kebuluran sebagai kaedah perang untuk tujuan pembersihan etnik dan untuk melaksana objektif penjajahnya.

“Segala perkara yang kami beri amaran, semua yang dinafikan Israel berlaku di depan mata kami.

“Kami berada di peringkat terakhir rancangan terancang untuk mengosongkan kawasan luas Gaza daripada penduduk Palestinnya,” katanya lagi.

Riyad juga mengecam rancangan Israel untuk meluaskan penjajahan rejim zionis itu di Tebing Barat yang diduduki.

“Rakyat Palestin berdepan dengan kematian, rampasan dan perpindahan sekali lagi, tetapi sekali lagi… kita tidak akan hilang.

“Kami berakar di tanah kami seperti pokok zaitun,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here