Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Toh Puan Na’imah Khalid bersama ahli keluarga kelihatan sugul ketika tiba di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1 untuk majlis pengebumian jenazah suaminya, Allahyarham Tun Daim Zainuddin. Foto SADIQ SANI, 13 NOVEMBER 2024

KUALA LUMPUR – “Beri kami sekeluarga ruang, nanti kami kenyataan rasmi,” kata balu Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdil Abdul Khalid.

Na’imah berkata, dia sekeluarga berada dalam keadaan sukar dan masih bersedih dengan pemergian Allahyarham.

“Ini bukan masanya (beri reaksi) kami akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat. Sekarang adalah masa sukar buat kami sekelarga.

“Terima kasih pada anda semua atas sokongan dan doa rakyat Malaysia untuk Allahyarham.

“Kita manusia kerdil di sisi Tuhan dan tidak lari dari melakukan kesilapan. Mohon terus doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kata beliau dalam nada yang cukup sebak.

Na’imah Khalid mengaminkan doa selepas selesai pengebumian Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1. Foto SADIQ SANI, 13 NOVEMBER 2024

Daim, 86,  meninggal dunia pada jam 8.21 pagi di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Pemergian beliau disahkan peguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar

Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke kediaman di Bukit Tunku bagi penghormatan terakhir dan disolatkan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sekitar jam 4.40 petang.

Seterusnya jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1 pada jam 5.34 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast