KUALA LUMPUR – Catatan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pemergian Tun Daim Zanuddin ke rahmatullah.
DAIM
1. Daim meninggal dunia pagi ini.
2. Saya kehilangan sahabat yang bersama saya berjuang untuk bangsa, negara dan agama.
3. Saya sedih tidak terhingga.
4. Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan.
5. Tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab.
6. Tanpa sebab! Kerana dendam.
7. Inikah balasan yang menimpa kerana dendam.
8. Ya Allah. Adililah Daim berasas keadilan.
9. Berilah tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa.
10. Saya hanya mampu berdoa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu. Amin, Ya Rabbal Alamin.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD