Isteri,Toh Puan Na’imah Khalid memberikan penghormatan terakhir kepada suaminya, Allahyarham Tun Daim Zainuddin selepas selesai pengebumian di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 13 NOVEMBER 2024

KUALA LUMPUR -Jenazah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Dr Daim Zainuddin selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1, di sini pada jam 5.34 petang tadi.

Lebih 100 orang mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham, selain isterinya, Toh Puan Nai’mah Abdil Abdul Khalid bersama anak- anaknya serta saudara-mara.

Turut kelihatan di kawasan pusara Allahyarham ialah bekas menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sebaik sahaja jenazah tiba di tanah perkuburan, Nai’mah sempat menatap dan memberi kucupan terakhir kepada suaminya.

Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Muhammad Affandi Che Harun selesai membaca talkin pada jam 6.10 petang.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 4.35 petang.

Daim, 86 dilaporkan meninggal dunia pada jam 8.21 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Assunta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast