KUALA LUMPUR- Jualan kenderaan baharu jatuh sebanyak empat peratus kepada 69,859 unit pada Oktober 2024 berbanding 76,173 unit tempoh sama tahun lalu.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataan berkata, volum keseluruhan industri (TIV) pada Oktober adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding 58,032 unit yang direkodkan pada September.
“TIV yang lebih tinggi dipacu oleh hari bekerja yang lebih panjang pada Oktober di samping kempen promosi hujung tahun oleh syarikat-syarikat kenderaan,” katanya.
Tambah MAA, sejumlah 64,322 unit kenderaan penumpang dijual pada Oktober, merosot enam peratus berbanding 68,721 unit pada bulan sama tahun lalu.
Jualan kenderaan komersial pula jatuh 26 peratus kepada 5,537 unit berbanding 7,452 unit tahun lepas. -MalaysiaGazette