Suspek bunuh dan simpan mayat ibu selama tiga tahun dalam peti sejuk di rumah Taman OUG, Jalan Klang Lama dalam kejadian pada 12 Novembver lalu akan diheret ke mahkamah atas pertuduhan membunuh di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR- Lelaki yang membunuh dan menyimpan mayat seorang wanita dipercayai ibu kandungnya dalam peti sejuk sejak tiga tahun lepas di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata suspek berusia 53 tahun yang juga seorang penganggur itu akan direman hingga 19 Nov.

Beliau berkata suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan polis masih menunggu laporan kesihatan daripada pihak hospital serta laporan bedah siasat ke atas mayat mangsa.

https://malaysiagazette.com/2024/11/12/lelaki-bunuh-simpan-mayat-ibu-dalam-peti-sejuk-beku-sejak-2021/

“Suspek sendiri yang membuat panggilan polis bagi menyerah diri dan tindakannya itu masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 8.45 pagi semalam, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat wanita di sebuah rumah di Taman OUG sebelum lelaki warga tempatan berusia 53 tahun itu ditahan.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast