Jenazah Allahyarham Tun Daim Zainuddin dibawa keluar dari kediamannya untuk disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan kemudian akan dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Bukit Kiara 1. Foto SADIQ SANI, 13 NOVEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin selesai disembahyangkan selepas solat asar di Masjid Wilayah Persekutuan, petang tadi.

Van yang membawa jenazah dari kediamannya di Bukit Tunku tiba jam 3.43 petang petang di Masjid Wilayah Persekutuan untuk disembahyangkan.

Beberapa pemimpin negara seperti bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara kenamaan yang dilihat turut sama menunaikan solat jenazah.

Turut hadir adalah Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan beberapa pemimpin politik yang lain.

Selain itu, Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal dan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut kelihatan berada di Masjid Wilayah Persekutuan.

Solat jenazah yang diimamkan anak saudara allahyarham, Amir Imran ditunaikan selepas solat asar sekitar jam 4.47 petang tadi.

Jenazah kini dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1 untuk dikebumikan.

Terdahulu, bekas Menteri Kewangan itu disahkan meninggal dunia pagi ini pada usia 86 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast