KUANTAN- Pasdec Corporation Sdn Bhd. memeterai perjanjian jual beli (SPA) untuk menjual tanah perindustrian miliknya di Harbour Park pada harga RM73.50 juta kepada Petroluxe Refinery (M) Sdn Bhd.
Pengerusi Pasdec, Tan Sri Zulkiple Kassim berkata, tanah perindustrian itu seluas 59.2 ekar (23.96 hektar) terletak di Mukim Sungai Karang, Kuantan, Pahang.
Menerusi penjualan itu, PASDEC dijangka meraih pendapatan sebanyak RM73.4 juta, sekali gus dapat mengukuhkan kedudukan aliran tunai dan menyediakan kumpulan itu dengan lebih fleksibiliti kewangan untuk melaksanakan rancangannya.
”Petroluxe Refinery adalah syarikat milik pelabur dari China yang akan membeli tanah daripada Pasdec Corporation untuk membangunkan loji penapisan minyak,” katanya.
Difahamkan syarikat berkenaan melabur kira-kira RM3 bilion untuk pembangunan loji berimpak tinggi di Gebeng, yang dijangka menghasilkan produk seperti nafta petroleum, gasoil (petrol), dan gas petroleum cecair.
Majlis tersebut disaksikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam pemeteraian perjanjian tersebut, Pasdec diwakili Pengarah Pasdec Holding Berhad, Datuk Kamarul ‘Arifin Ahmad @ Abd Rahman, Timbalan Pengarah Eksekutif Pasdec, Datuk Sri Tew Kim Thin serta Pengerusi Petroluxe Refinery, Wang Zhongcheng dan Pengarah Urusan Petroluxe Refinery, Peter Chen Huadi.
Urus niaga penjualan itu dijangka selesai pada suku keempat 2025. – MalaysiaGazette
Majlis menandatangani perjanjian tersebut diwakili Pengarah Pasdec Holding Berhad, Datuk Kamarul ‘Arifin Ahmad @ Abd Rahman, Timbalan Pengarah Eksekutif Pasdec, Datuk Sri Tew Kim Thin serta Pengerusi Petroluxe Refinery, Wang Zhongcheng dan Pengarah Urusan Petroluxe Refinery, Peter Chen Huadi.
– MalaysiaGazette