Walaupun permintaan dana daripada kerajaan merupakan perkara yang agak biasa, tetapi apa yang berlaku ke atas Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng ternyata luar biasa apabila beliau menerima permohonan peruntukan untuk mengusir hantu.
Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen kerajaan menyifatkan pelaburan dua syarikat milik kerajaan (GLC) iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet sebagai tidak masuk akal.

Lim Lip Eng (PH-Kepong) berkata, ini kerana FashionValet mengalami kerugian lima tahun berturut-turut sebanyak berpuluh juta ringgit sebelum pelaburan Khazanah dan PNB dibuat.

“Adalah terang lagi bersuluh pelaburan itu tidak masuk akal, budak sekolah rendah juga akan menasihat kerajaan supaya  tidak melabur dalam FashionValet,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mempertikaikan mengapa tiada pegawai daripada GLC itu yang disiasat sehingga kini berbanding FashionValet sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Kelmarin, SPRM mengesahkan sedang menyemak dan menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengasas platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), kata Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.

Azam berkata, pihaknya masih dalam proses mendapatkan penjelasan tentang kaedah penerimaan dan perbelanjaan pelaburan yang diterima daripada Khazanah dan PNB.

Pasangan pengasas itu telah dipanggil bagi proses selama lima hari setelah SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah dan PNB dalam FashionValet.

Sebelum ini, Azam dilaporkan berkata siasatan pihaknya ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pasangan pengasas FashionValet itu.

Khamis lalu, media melaporkan kira-kira 60 kotak dokumen kewangan yang dirampas daripada FashionValet, Khazanah dan PNB perlu dikaji secara menyeluruh terutama berkaitan perjanjian antara ketiga-tiga pihak itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast