Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KUALA LUMPUR – Pemandu kereta yang melanggar sebuah motosikal di Kuala Kurau, Perak dalam kejadian yang tular di media sosial telah berjaya ditangkap.

Ketua Polis Daerah Kerian berkata, kejadian itu dikesan dimuatnaik di X pada hari ini, 13 November 2024.

Bagaimanapun, katanya, laporan mengenai kejadian itu telah dilaporkan pada 12 November di Balai Polis Kuala Kurau oleh seorang lelaki berusia 37 tahun.

Dalam laporan itu, mangsa memberitahu dia bersama rakannya telah cuba menahan sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan langar lari dengan individu lain.

Namun ketika mangsa dan rakannya tiba di Jalan Bawah Kuala Kurau, kereta berkenaan menghimpit dan melanggar mereka lalu melarikan diri.

Susulan daripada laporan itu, polis berjaya mengesan suspek, 48 tahun dan merampas kereta yang digunakan dalam kejadian tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksye 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast