A ball of fire rises from the site of an Israeli airstrike that targeted a neighborhood in Beirut’s southern suburbs on November 13, 2024, amid the ongoing war between Israel and Hezbollah. -Photo AFP

MOSCOW – Rusia meminta Israel untuk mengelakkan serangan udara ke atas Hizbullah berhampiran salah satu pangkalan tentera Moscow di Syria.

Media Syria pada pertengahan Oktober lalu mendakwa, Israel telah menyerang Latakia, sebuah bandar pelabuhan yang menjadi kubu kuat Presiden Bashar al-Assad.

Latakia, khususnya lapangan terbangnya terletak sangat berhampiran dengan bandar Hmeimim yang menjadi pangkalan udara Rusia.

“Israel sebenarnya telah melancarkan serangan udara di kawasan yang sangat hampir dengan Hmeimim.

“Tentera kita sudah pastilah menghantar makluman kepada Israel dengan mengatakan tindakan sedemikian akan menyebabkan nyawa anggota kami dalam bahaya.

“Sebab itulah, kami berharap insiden yang berlaku Oktober lalu tidak berulang lagi,” kata wakil khas Presiden Rusia, Alexander Lavrentieve. -AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast