Dua remaja dilaporkan hilang di Puchong malam tadi.

KUALA LUMPUR – Dua remaja masing-masing berusia 13 dan 16 tahun dilaporkan hilang dalam dua kes berasingan di Puchong, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata,  laporan pertama melibatkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bernama Muhammad Syahrul Akmal Muhammad Kamal.

Mangsa kali terakhir dilihat di Kampung Kuala Sungai Baru, Jalan Klang, Puchong kira-kira jam 10.30 malam pada 11 November, katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Syahrul Akmal mempunyai ketinggian mangsa 140 sentimeter (cm) dengan berat 50 kilogram (kg), berambut pendek dan anak mata berwarna hitam.

Manakala kes kehilangan kedua melibatkan remaja lelaki berusia 16 tahun, bernama Aqil Rizq Rayyan Mohd Samsul.

Kali terakhir mangsa dilihat di hadapan SMK Puchong Utama 1, Taman Puchong Utama pada 12 November kira-kira jam 6.30 petang,” jelasnya.

Ujar beliau, mangsa mempunyai ketinggian 171 sentimeter (cm) dengan berat 59 kilogram (kg), berambut pendek dan anak mata berwarna coklat.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan kedua-dua remaja itu diminta tampil ke balai berhampira atau terus hubungi Bilik Gerakan IPD Subang Jaya di talian 03-78627222 / 03-78627100. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast