KUALA LUMPUR – Tanah runtuh dan pokok tumbang dilaporkan berlaku di laluan Kilometer 54, Jalan Besar Tanah Rata-Ringlet, Cameron Highlands, Pahang, petang tadi.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli, berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu.

“Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan.

“Kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan dan laluan telah kembali dibuka untuk semua kenderaan,” katanya dala kenyatan hari ini.

Beliau juga meminta sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan (DCC) di talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast