Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

KUALA LUMPUR- Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia, pagi tadi pada usia 86 tahun.

Perkara itu disahkan peguam beliau, Gurdial Singh Nijar.

Allahyarham yang meninggalkan seorang isteri dan lima anak dimasukkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya kerana mengalami strok.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur selepas solat Asar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Untuk rekod, Allahyarham pernah dilantik menjadi Menteri Kewangan pada 1984 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan berkhidmat sehingga 1991.

Pada 1999, Allahyarham telah dilantik semula juga oleh Dr Mahathir dan melepaskan jawatan tersebut pada 2001.

Allahyarham dan isterinya Toh Puan Na’imah Abdul Khalid sedang menghadapi kes rasuah dan pengubahan wang haram selain didakwa di mahkamah atas kegagalan mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan aset meliputi 38 syarikat, 25 bidang tanah dan hartanah, tujuh kenderaan mewah dan dua akaun dana pelaburan. -MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here