KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di kediaman allahyarham Tun Daim Zainuddin di Bukit Tunku di sini untuk memberi penghormatan terakhir, kira-kira 12.48 tengahari tadi.
Beliau yang juga sahabat baik Daim kelihatan sugul dan menahan kesedihan di atas pemergiaan allahyarham.
Terdahulu menerusi kenyataannya pagi tadi, Dr Mahathir berkongsi kesedihannya dengan kematian bekas Menteri Kewangan itu.
ARTIKEL BERKAITAN
https://malaysiagazette.com/2024/11/13/daim-meninggal-saya-sedih-tidak-terhingga-tun-mahathir/
Selain Dr. Mahathir, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal antara ahli politik yang awal tiba di kediaman Daim untuk memberi penghormatan terakhir.
Beliau dilihat keluar dari rumah tersebut kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.
Daim, 86, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya, pagi tadi selepas dua minggu mendapat rawatan di situ.
Jenazah dijangka disembahyangkan di Masjid Wilayah selepas solat asar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. -MalaysiaGazette