Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas, Sahamin Basir yang dilaporkan hilang di Kampung Tanjong Mas, Sungai Pelek, Sepang pada 8 November lalu ditemukan maut di sebuah anak sungai, semalam.

Mayat mangsa berusia 76 tahun itu ditemui sekitar jam 3.30 petang semalam di dalam anak sungai berhampiran sebuah kilang simen, Kampung Jelutong Indah, Sungai Pelek.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, hasil siasatan di lokasi dan pemeriksaan badan mangsa tiada sebarang unsur jenayah ditemui.

“Penemuaan mangsa adalah hasil gerakkan mencari yang dijalankan pihak polis bersama agensi lain, ahli keluarga serta penduduk kampung.

“Berikutan itu, kes ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

“Kami juga ingin menasihatkan orang awam untuk tidak menimbulkan apa-apa spekulasi serta tidak berkongsi berita yang tidak benar berkenaan kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, pihaknya menerima laporan polis berhubung  kehilangan mangsa pada Jumaat lalu dari seorang wanita merupakan anak mangsa.

Norhizam berkata, berdasarkan laporan itu, mangsa kali terakhir dilihat di halaman rumah di Kampung Tanjong Mas, Sungai Pelek pada pukul 1 tengah hari hari sama laporan dibuat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast