KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya Islam terancam dan tergugat adalah naratif palsu yang cuba mengaburi mata rakyat Malaysia.

Sebaliknya Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata kerajaan Madani konsisten memperjuangkan Islam malah memastikan kedudukan agama itu sentiasa terjamin dalam negara ini.

“Sudah banyak inisiatif kerajaan dan program-program yang sedang digerakkan bagi mengimarah, menghidupkan syiar Islam dan membentuk umat Islam di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Syarahan Ilmiah dan Sesi Penyampaian Mock Cheque Bantuan Zakat Tabung Haji di Dewan Pendekar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), baru-baru ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Beliau menyifatkan tuduhan jelik yang dimainan pihak pembangkang itu sebelum ini sebagai memalsukan fakta dan boleh mencetuskan kebencian.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, gesaan Perdana Menteri untuk membina konsensus antarabangsa bagi menyingkir Israel daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) demi rakyat Palestin dan kemanusiaan sejagat membuktikan kerajaan Madani konsisen mempromosikan kemanusiaan dan keharmonian sehingga ke mata dunia.

Jelasnya,usul Perdana Menteri yan diterima dalam resolusi menerusi Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini merupakan manifestasi terhadap komitmen dan ketegasan beliau memperjuangkan nasib Palestin.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast