Nur Nadia Zakaria bersama anaknya dilaporkan hilang pada semalam telah berjaya ditemui hari ini

KUANTAN – Seorang wanita hamil dan anak lelaki berusia empat tahun dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejurus membeli makanan di sebuah kedai, di sini, pada semalam.

Kali terakhir Nur Nadia Zakaria ,29, dilihat oleh kakaknya, Adlin Mohd Zakaria, 36, pada jam 12 tengah hari sebelum keluar dari rumahnya dengan anak buahnya di Kampung Cendering, di sini.

Menurut Adlin, dua-beranak itu pergi kedai untuk membeli makanan di Jalan Pintasan, dekat sini, tanpa membawa telefon bimbit.

“Biasa tidak lama adik (Nur Nadia) keluar pergi kedai tapi kali ini dia tak balik-balik. Adik keluar ke

“Kami bimbang kerana dia sarat mengandung, jadi kami ahli keluarga, termasuk suami adik, mencari di kawasan sekitar dan rumah saudara mara tapi tidak jumpa-jumpa.

“Saya tidak perasan apa yang pelik sebelum insiden, nampak adik biasa sahaja,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Sehingga kini, katanya, usaha mengesan kedua-duanya masih belum menemukan hasil.

Susulan itu beliau dan keluarga telah membuat laporan kehilangan mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 8 malam semalam.

Adlin berharap kerjasama orang ramai membantu mengesan adiknya dan boleh menghubunginya di talian 017-9808542.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Nur Nadia dan anaknya.

Difahamkan mangsa memandu kenderaan jenis Perodua Axia berwarna biru gelap. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast