Ihsan Foto: KPDN

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu sebuah kilang disyaki jual pes udang jenama tiruan di Taman Perindustrian Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Selangor, Mohd Khairi Jamaludin, tindakan itu diambil susulan aduan pemilik cap dagang berdaftar yang mengesyaki aktiviti penjualan pes udang tiruan yang menggunakan cap dagang palsu.

“Dalam serbuan yang dilakukan pada jam 12.00 tengah itu, kami telah menemui dan menyita ke atas sejumlah 7,860 unit pes udang palsu dengan anggaran nilai rampasan mencecah RM50,000.

“Seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun yang dipercayai pekerja kilang telah ditemui untuk membantu siasatan dan individu itu memberi kerjasama penuh semasa pemeriksaan.

“Siasatan lanjut juga akan dijalankan untuk mengesan pemilik kilang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, potensi kesalahan melibatkan penggunaan cap dagangan berdaftar secara salah pada sesuatu barang di bawah Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019 (ACD 2019).

Kesalahan ini juga dinyatakan di bawah Seksyen 102(1)(c) ACD 2019 dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 102(1)(i) akta yang sama.

“Jika disabitkan kesalahan, premis boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan yang dipakaikan dengan salah cap dagangan itu dan bagi kesalahan kedua, boleh didenda tidak melebihi RM30,000.00 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar.

“KPDN tidak akan memberi kompromi kepada pesalah undang-undang yang telah dikuatkuasakan khususnya berkatian pelanggaran perlindungan harta intelek yang perlu diselia dan dijaga,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast