Suspek menunjukkan tabung yang dilarikan.

JASIN – Tindakan seorang lelaki yang dipercayai melarikan tabung di dua buah tokong sekitar Bemban di sini mengandungi wang tunai RM20 sejak tiga hari lalu membawa padah apabila diberkas polis semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, suspek lelaki berusia 23 tahun itu ditahan polis kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi

Menurutnya terdahulu, polis menerima dua laporan polis daripada wakil Tokong Pek Chin dan Wooh Fang Jong sekitar Bemban mendakwa tokong mereka telah dipecah masuk dan berlaku kecurian yang disedari pagi semalam dan Isnin lalu.

“Nilai kerugiaan dianggarkan RM450 termasuk wang tunai campur-campur dianggarkan bernilai RM20 dari tabung tokong, sebuah batu patung berhala bewarna emas, 48 tin minuman keras dan sebuah tabung derma besi.

“Hasil siasatan dijalankan, polis berjaya memberkas suspek setelah disoal siasat, suspek mengaku terlibat dengan kejadian di Tokong Wooh Fang Jong dan merampas tabung yang dilaporkan hilang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tabung tokong yang dilarikan suspek

Tambahnya  hasil semakan mendapati, suspek mempunyai satu rekod lampau kes jenayah dan lima kes narkotik serta mempunyai dua rekod orang dikehendaki pihak polis.

“Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis syabu dan polis telah membuat permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama enam hari sehingga 19 November ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast