Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui maut selepas terjatuh dari kondominium Pelangi Utama, di Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada lelaki tempatan pada jam 3.39 petang.

“Siasatan awal pihak polis di sekitar lokasi kejadian dan pemeriksaan badan mangsa tidak menemui sebarang unsur berkaitan jenayah.

“Malah semakan dari rumah ke rumah juga mendapati tiada individu yang mengenali mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, tindakan lanjut masih dijalankan pihak Forensik daripada Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor bagi mendapatkan maklumat mangsa yang belum dikenal pasti.

Ini kerana pemeriksaan polis tidak menemukan sebarang butir pengenalan diri pada badan mangsa dan juga di sekitar lokasi kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi ke Bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast