Seorang lelaki maut semasa melintas jalan lalu dilanggar sebuah kereta di Kilometer 22 Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Kulai hari ini.

KULAI – Seorang lelaki maut semasa melintas jalan dilanggar sebuah kereta di Kilometer 22 Jalan Johor Bahru-Air Hitam di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tan Seng Lee berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 6.05 pagi melibatkan mangsa, 32, dan kereta dipandu wanita tempatan, 34.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta Honda City berkenaan yang sedang dalam perjalanan menghala ke Johor Bahru.

“Kereta berkenaan melanggar lelaki terbabit yang berjalan kaki dan tiba-tiba melintas dari sebelah kiri ke kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Akibat kemalangan itu katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepalaa dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk bedah siasat manakala pemandu kereta berkenaan tidak cedera.

Seng Lee berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ruslan Mohamed menurusi talian 013-3063710.

“Mereka juga boleh juga hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast