Seorang pemuda maut selepas lori dipandu melanggar belakang sebuah lori di Kilemeter 79.9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Batu Pahat, hari ini.

BATU PAHAT – Seorang pemuda maut tersepit selepas lori dipandu melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 79.9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Shamin Muhamad Salikin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pukul 1.59 pagi.

Berikutan itu katanya, seramai 13 anggota diketuai Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II Muhammad Nur Zufayri Mohd Azaha dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikerjakan ke tempat kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Nissan UD Kejur seberat 10 tan dipandu mangsa terbabit  melanggar belakang sebuah lori kontena Hino seberat 40 tan.

“Akibat impak perlanggaran tersebut, pemandu lori Nissan, Mohamad Amir Badri Zulkifli yang berusia 28 tahun tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa ujarnya, didapati sudah meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian.

Sementara pemandu lori kontea itu katanya, Afridal Abu Bakar, 53, tidak mengalami kecederaan.

Tambah beliau, operasi tamat pada pukul 3.28 pagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here