Kementerian Pertahanan memaklumkan pihaknya akan menunggu hasil siasatan polis berhubung kes penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendakwa diugut dan dikasari dalam satu program ceramah motivasi di Kem Sungai Besi, Jumaat lalu.