Tiga kilang memproses makanan di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih terbakar dalam kejadian pagi Khamis.Ihsan Bomba Selangor

KAJANG – Tiga buah kilang pemprosesan makanan di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih. terbakar hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, bilik gerakan operasi bencana negeri menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 10.44 pagi.

Katanya, bertindak atas maklumat itu, seramai 27 anggota dan pegawai bersama jentera pemadam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Semenyih, Bandar Tun Hussein Onn, Bangi, Seri Kembangan dan Petaling Jaya telah bergegas ke lokasi kebakaran.

“Sejurus tiba di lokasi pemeriksaan pegawai kami di lokasi mendapati tiga unit kilang memproses makanan bangunan kelas B terbakar.

“Kilang pertama telah hangus terbakar 100 peratus manakala kilang kedua pula terbakar 20 peratus sementara kilang ketiga terbakar 30 peratus dalam insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, para anggota bersama jentera pemadam berjaya mengawal api sepenuhnya pada jam 11.45 pagi tadi.

“Insiden kebakaran di ketiga-tiga kilang terbabit tidak melibatkan mangsa,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here