Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pro-Canselor UCYP berucap pada Majlis Konvokesyen 2024 UCYP University dan Kolej Yayasan Pahang yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah

KUANTAN – University College Of Yayasan Pahang (UCYP) akan menubuhkan Akademi Rel Pahang dalam usaha melahirkan pelerka terlatih dalam bidang rel.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek yang menelan belanja sebanyak RM5juta itu dijangka bermula pada tahun hadapan.

”Kita mengambil tindakan proaktif untuk melatih pelajar kerana laluan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan beroperasi pada 2027 dan sudah tentu memerlukan tenaga kerja yang mahir bagi melalkukan kerja menyelenggara landasan kereta api.

”Kita tidak mahu seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di mana apabila kereta api rosak sampai sekarang tidak boleh dibaiki kerana tidak ada tenaga pekerja dan kemahiran.

“Jadi sekiranya ada kerosakan landasan dari negeri Kelantan hingga Selangor kita sudah ada persediaan,” katanya selepas majlis Konvokesyen 2024 UCYP University dan Kolej Yayasan Pahang, di sini, hari ini.

Menurut Wan Rosdy, usaha itu dijangka mampu menyediakan peluang pekerjaan terutama kepada anak-anak Pahang.

Jelas beliau, cadangan tersebut dilihat strategik pada jangka masa panjang susulan projek ECRL dijangka siap dalam masa beberapa tahun lagi.

Sementara itu Wan Rosdy berkata, peranan UCYP University dan Kolej Yayasan Pahang dalam pendidikan negeri Pahang amat signifikan yang mana kedua duanya telah melahirkan lebih 30,000 graduan.

Beliau yang juga Pro-Cancelor UCYP berkata, institusi ini terus menjadi pilihan utama pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat asasi, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana, dan doktor falsafah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here