Gambar hiasan UNSC

HAMILTON, KANADA- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sebulat suara bersetuju memperbaharui mandat untuk melakukan sekatan terhadap Yaman bagi tempoh setahun lagi.

Resolusi itu membenarkan langkah sekatan kewangan dan perjalanan bersasar dikenakan kepada penduduk Yaman sehingga 15 November tahun depan.

Mandat bagI Panel Pakar-Pakar Yaman, yang bertanggungjawab memantau dan membuat laporan berkenaan sekatan tersebut, turut dilanjutkan sehingga 15 Disember 2025.

Wakil United Kingdom, Barbara Woodward menegaskan, pelanjutan sekatan itu “penting bagi memulihkan proses keamanan di Yaman.”

Katanya, tindakan itu “menghantar isyarat jelas” daripada UNSC kepada Houthis.

Beliau turut menggariskan kepentingan usaha mengekang Houthi yang mahu mengkucar-kacirkan Yaman. -Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast