gambarnya disunting dengan tangan bergari dan dimuat naik dalam sebuah laman sosial,

KUALA LUMPUR – Artis versatil, Alif Satar meluah rasa kesal kesal apabila teknologi kecerdasan buatan (AI) disalahgunakan segelintir pihak untuk memalukan orang lain meminta netizen melaporkan perbuatan tersebut.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, berkata dia juga tidak terlepas menjadi mangsa apabila gambarnya disunting dengan tangan bergari dan dimuat naik dalam sebuah laman sosial sekali gus mengundang salah faham.

“Hai, Alif perasan sejak akhir-akhir ini banyak gila berita palsu termasuklah gambar-gambar mengenai saya.

“Zaman sekarang ini penggunaan ‘Artificial Intelligence’ (AI) memang seronok tetapi ia juga boleh menjadi fitnah kepada seseorang dan boleh bagi impak negatif kepada imej mereka.

“Jadi kalau kalian nampak benda pelik- pelik fasal Alif ke, fasal ahli keluarga kalian ke apa ke, jalankan tugas untuk buat report. Kalian tengok macam ini, aku pula kena hahaha,” katanya dalam hantaran Instagram.

Sejak kebelakangan ini, terdapat gambar selebriti lain termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Amyra Rosli turut disunting tangan bergari.

Menerusi perkongsian sama, Alif yang laris sebagai duta produk meminta orang ramai berwaspada terhadap fitnah akhir zaman.

“Pelik betul zaman sekarang. Jadi doa banyak-banyak, kita berada di zaman fitnah. Sentiasa berjaga-jaga.

“Kepada pasukan Meta, mari kita buat kempen semula. Bagi kesedaran kepada semua orang,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here