Anwar berucap sebelum makan tengahari bersama pemimpin perniagaan dalam kalangan Ekonomi APEC di Peru hari ini. Gambar: Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Dasar Kerajaan Madani yang jelas dan penekanan terhadap memudah cara perniagaan, menjadikan ekosistem perniagaan di Malaysia lebih kompetitif.

Perkara itu ditekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu pemimpin perniagaan dalam kalangan Ekonomi APEC ketika sesi makan tengahari di Peru hari ini.

“Dalam sesi ini saya bertukar pandangan dengan mereka, selain berkongsi aspirasi Malaysia terkait hal perdagangan dan pelaburan sekali gus mengajak mereka untuk melabur di negara kita,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook.

Majlis itu dihoskan Pengerus APEC Business Advisory Council (ABAC) Malaysia merangkap Pengerusi Eksekutif Westport Datuk Ruben Emir Gnanalingam.

Sementara itu menerusi hantaran lain Perdana Menteri memaklumkan, beliau menyerahkan sebanyak 50 naskhah al-Quran cetakan khas dan terjemahan dalam bahasa Sepanyol kepada Persatuan Islam Peru.

Katanya, serahan kitab suci itu dibuat ketika pertemuan beliau bersama anggota persatuan itu yang diketuai Presidennya, Murad Hamida.

“Dalam pertemuan ini kami membincangkan soal pembangunan umat Islam di Peru.

“Mereka turut memuji usaha Malaysia yang sentiasa di hadapan dalam memperjuangkan nasib saudara Islam di Palestin dan Lubnan yang ditindas rejim zionis Israel.

Menurut Anwar, beliau turut membangkitkan komitmen Malaysia dalam memudahkan urusan pensijilan halal serta membantu pendidikan Islam dan dakwah dalam kalangan komuniti Islam di Peru. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here