KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di hampir semua negeri sehingga pukul 5 petang hari ini.
Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, selain seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya, kawasan lain yang terlibat di Selangor ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, sementara Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai), Terengganu (Besut dan Kemaman).
Keadaan sama dijangka berlaku di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau) dan di Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Selain itu, Kuching, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi) di Sarawak.
Di Sabah pula melibatkan Kawasan pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan). – MalaysiaGazette