JAKARTA – Rusia menerima permohonan daripada Indonesia untuk membekalkan senjata dan peralatan ketenteraan untuk tempoh 2025 hingga 2030.
Ketua Jawatankuasa Majlis Persekutuan (Pertahanan dan keselamatan) Rusia, Vladimir Bulavin berkata, kini Rusia dan Indonesia dalam proses memuktamadkan tujuh kontrak industri pertahanan, yang mana prosesnya berada pada pelbagai tahap pelaksanaan, menurut Sputnik.
“Kami telah menerima permohonan daripada rakan sejawat di Indoensia untuk 2025-2030.
“Pada masa depan, cadangan daripada pihak Rusia akan disediakan menurut permintaan ini,” katanya.
Bulavin berkata, latihan anggota untuk angkatan tentera Indonesia sedang dilaksanakan.
“Kami terus melatih kakitangan dan pakar untuk angkatan tentera Indonesia khususnya, kami telah melatih berpuluh-puluh juruterbang untuk (pesawat pejuang) Su-27 dengan simulator.
“Dalam tempoh kerjasama tersebut kami telah melatih 6,000 pakar,” katanya – Agensi