Omar Marmoush. Foto Sky Sports.
LONDON – Manchester United dilaporkan akan mendapatkan penyerang, Omar Marmoush pada Januari depan.
Akhbar Bild berkata, bintang Frankfurt itu akan menelan kos antara £41.5 juta hingga £50 juta satu angka yang mungkin dianggap berbaloi sekiranya Marmoush berjaya mengekalkan prestasinya di England.
Musim ini telah menyaksikan beberapa penyerang baharu mencipta nama sebagai antara yang terbaik di benua Eropah namun pemain antarabangsa Mesir itu menjadi yang paling mengagumkan di antara semuanya.
Dia telah menjaringkan 14 gol dan mencipta 10 bantuan gol dalam hanya 16 perlawanan di semua pertandingan musim ini.
Prestasi terbaik itu yang membuatkan pemain berusia 25 tahun itu menjadi rebutan oleh kelab elit Eropah di mana United pertama kali dikaitkan dengan Marmoush pada  Oktober lalu selain Liverpool juga menunjukkan minat yang besar terhadap pemain itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast