Foto Ihsan bomba

KUALA LUMPUR- Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk treler di Kilometer 69.5, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Machap, pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I KUP Abd Rahim Razali berkata kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 7.43 pagi itu melibatkan sebuah lori treler jenama Volvo seberat 40 tan dengan sebuah kereta Honda Civic dan motosikal Yamaha MTO9.

Katanya, mangsa, penunggang motosikal berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Pemandu kereta Honda Civic yang tersepit di tempat duduk,  berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) peralatan khas.

Dua buah jentera dari balai bomba Ayer Hitam bersama 12 anggota dikejarkan ke lokasi kemalangan diketuai Abd Rahim Razali.

Dua lelaki dewasa berusia 25 dan 26 tahun yang menaiki Honda Civic mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam yang berada di lokasi, manakala pemandu lori treler Volvo, seorang lelaki berusia 40 tahun, selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi menyelamat berjaya ditamatkan pukul 9.11 pagi dan punca kemalangan masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast