Ihsan DBKL

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan wujud ‘layanan istimewa’ berhubung tindakan kapit tayar kenderaan di sekitar Jalan Telawi, Bangsar yang tular baru-baru ini.

DBKL dalam kenyataan di Facebook berkata, tindakan yang diambil pada Jumaat  lalu adalah tegas dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Pada hari tersebut, sejumlah 13 kenderaan telah dikenakan tindakan kapit tayar termasuk sebuah Perodua Bezza seperti yang telah dirakam oleh pemiliknya.

“Tindakan kapit tayar ke atas Perodua terbabit terbabit kira-kira 1.09 petang dan dibuka semula pada 1.30 petang di Jalan Telawi 4,” katanya.

Dalam pada itu, DBKL turut menjelaskan tindakan tidak mengapit sebuah kenderaan lain yang dipertikaikan pemilik Bezza berkenaan.

“Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kenderaan lain ‘terlepas’ dalam video tersebut.

“Untuk makluman, SOP DBKL menetapkan tindakan kapit roda tidak boleh dikenakan ke atas kenderaan yang mempunyai pemandu di dalamnya.

“Justeru, petugas kami telah mengarahkan agar pemilik kenderaan yang berada di dalam kenderaan untuk mengalihkan kenderaan mereka dari lokasi berkenaan,” katanya.

Dalam hantaran yang sama, DBKL menegaskan semua tindakan adalah selaras dengan prinsip ketelusan dan keadilan, tanpa dwi-standard, demi memastikan keselesaan dan keselamatan semua warga kota. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast