APM Sik, Kedah menangkap seekor ular sawa seberat 100kg selepas membaham seekor beruk.

SIK – Penduduk di Kampung Banggol Sik Dalam di sini, gempar apabila menemui seekor ular sawa yang kekenyangan selepas membaham seekor beruk.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan daripada penduduk kampung berhubung kehadiran reptilia seberat kira-kira 100 kilogram (kg) itu berhampiran rumah.

“Ular sawa sepanjang 6 meter tersebut dipercayai sedang kekenyangan selepas membaham seekor beruk peliharaan penduduk.

“Pasukan APM Sik dengan empat keanggotaan telah respons terhadap kes itu dan mendapati ular sawa tersebut telah berjaya dijerut oleh pemilik beruk,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambah APM, ular tersebut dibawa balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Sik sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here