Naib Canselor UMT, Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai universiti ke-195 dalam QS World University Rankings Asia 2025.

Kedudukan itu merupakan kejayaan untuk UMT kerana berjaya menaiki dua anak tangga berbanding kedudukan ke-197 pada tahun sebelumnya.

Naib Canselor UMT, Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, berbangga atas pencapaian ini yang merupakan kejayaan terbaik dalam sejarah UMT, di mana universiti itu kini tergolong dalam kelompok 20 peratus teratas di Asia.

“Keputusan itu melibatkan penilaian ke atas 94 universiti di Asia yang tersenarai.

“Skor dalam kesemua 11 indikator yang dinilai telah meningkat, termasuk pencapaian tertinggi dengan 80% skor bagi indikator staf akademik berkelulusan PhD.

“Peningkatan bagi indikator Jaringan Penyelidikan Antarabangsa (IRN) dan Inbound Exchange Students menunjukkan UMT semakin menjadi pilihan utama pelajar dan ahli akademik antarabangsa bukan sahaja untuk pengajian malahan kerjasama penyelidikan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Mohd Zamri, strategi dan inisiatif yang dirangka dalam Pelang Strategik UMT 2023-2027 untuk meningkatkan keterlihatan global telah menunjukkan hasil.

“Kejayaan ini menggambarkan usaha berterusan warga kampus dalam mengukuhkan kedudukan UMT sebagai institusi pendidikan tinggi yang disegani di peringkat serantau dan antarabangsa,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast