Warga FKPM UiTM Shah Alam melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di fakulti itu, pagi ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 107 kakitangan akademik dan pentadbiran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR), hari ini.

Lafaz ikrar itu adalah bukti komitmen mereka dalam membanteras jenayah rasuah di kalangan warganya.

Dekan FKPM, Profesor Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman, berkata IBR merupakan peringatan untuk setiap individu di fakulti itu agar menjauhi amalan rasuah.

“Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang kita adakan pada hari ini membuktikan pendirian warga FKPM untuk membudayakan integriti dalam setiap aspek kerja kami.

“Sebagai warga FKPM, integriti dan etika professional merupakan asas utama untuk mengekalkan imej dan kredibiliti organisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah FKPM, di sini, pagi ini.

Hadir sama, Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Rosmadi Kassim. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast