Ahmad Zahid sempat menyaksikan perlawanan separuh akhir Esports Mobile Legends Malaysia di IESF World Esports Championship 2024 secara langsung. Gambar: Facebook Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menewaskan Indonesia dalam perlawanan separuh akhir Esports Mobile Legends Malaysia, di IESF World Esports Championship 2024.

Katanya, meskipun sibuk dengan tugasan di Abu Dhabi ketika ini, namun beliau tetap dapat meluangkan masa untuk mengikuti perkembangan perlawanan itu.

“Alhamdulillah, pasukan Malaysia berjaya menewaskan Indonesia 2-1 dalam set penentuan dan mara ke peringkat Grand Final!

“Mereka dijadualkan bertemu pasukan Filipina pada jam 7 petang (hari ini) waktu Malaysia. Sama-sama kita berikan sokongan dan mendoakan kejayaan mereka,: katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut mengharapkan agar pasukan Malaysia berjaya membawa pulang kejuaraan dalam pertandingan itu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here