Keadaan wad unit rawatan rapi neonatal yang terbakar.

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 10 bayi yang baru lahir terbunuh apabila kebakaran berlaku di unit rawatan rapi neonatal (NICU) sebuah hospital di India.

Kebakaran berlaku kira-kira 10.30 malam (1700 GMT) hari Jumaat, di Kolej Perubatan Maharani Lakshmibai di negeri Uttar Pradesh.

“Sepuluh bayi telah terkorban. Tujuh mayat telah dikenal pasti manakala tiga mayat belum dikenal pasti lagi, ” kata Timbalan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Brajesh Pathak semasa taklimat kejadian tersebut.

Sementara itu, 16 bayi lagi berada dalam keadaan kritikal.

Penyiar NDTV melaporkan, seramai 54 bayi keseluruhannya berada di unit rawatan rapi neonatal ketika kebakaran berlaku. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here