Seorang lelaki dipercayai suspek kes pecah rumah ditemui maut, manakala dua rakannya berjaya diberkas polis selepas memecah masuk sebuah rumah di Sunrise Park, di Kluang, dalam kejadian jam 7 malam semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang Superintendan Nik Mohd Azmi Husin berkata, suspek didapati mengalami kecederaan serius pada salur darah utama berikutan banyak kesan darah dijumpai di lokasi.