Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menzahirkan ucapan takziah atas pemergian tiga warga kementerian itu yang maut selepas lemas ketika aktiviti ‘water rafting’ di Sungai Kampar, semalam.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Menteri Kerja Raya itu telah meminta pasukan kementerian dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di negeri terlibat untuk memberi bantuan dan sokongan yang sewajarnya kepada waris mangsa.

“Saya difahamkan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti aktiviti rakit arus deras di Sungai Kampar, petang tadi,” katanya.

Alexander berkata, mangsa yang meninggal dunia melibatkan dua peserta dari JKR Langkawi manakala seorang lagi  dari JKR Seberang Perai Tengah.

“Saya amat berdukacita dengan berita yang menyedihkan ini dan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa,” katanya lagi.

Semalam, dua lelaki dan seorang wanita meninggal dunia akibat lemas ketika aktiviti ‘water rafting’ di Sungai Kampar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar 5.56 petang.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast