TOKYO, – Sebuah kereta api barang tergelincir di Hokkaido pada hari Sabtu, menyebabkan gangguan beberapa perkhidmatan kereta api penumpang dan komersial, lapor media tempatan.

Brek kecemasan yang digunakan ketika kereta api barang sedang dalam perjalanan antara stesen di bandar berhampiran Hakodate, bandar selatan di wilayah itu.

Lima daripada 20 gerabak barang kereta api itu terkeluar dari landasan, lapor Kyodo News.

Bagaimanapun, pemandu tidak cedera, kata laporan itu.

Kereta api barang itu telah berlepas dari Nagoya di tengah Jepun dan menuju ke Sapporo, ibu kota Hokkaido.

Susulan kejadian itu, perkhidmatan kereta api tempatan digantung dari pagi dan perkhidmatan kereta api ekspres antara Hakodate dan Sapporo turut dihentikan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here