Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan mengisytiharkan Gombak-Hulu Langat Geopark sebagai Geopark Kebangsaan Pertama negeri itu.

GOMBAK – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini perkenan mengisytiharkan Gombak-Hulu Langat Geopark sebagai Geopark Kebangsaan Pertama Selangor.

Pengisytiharan itu merupakan komitmen kerajaan negeri dalam memupuk sektor pelancongan yang mampan, selain menggalakkan penglibatan komuniti tempatan dalam usaha melindungi landskap semula jadi.

Pada majlis berkenaan, Sultan Sharafuddin berkenan menyempurnakan lafaz perasmian seterusnya menandatangani plak sebagai simbolik pengisytiharan geopark berkeluasan 112,955 hektar merentasi daerah Gombak dan Hulu Langat.

Dengan aspirasi untuk pengiktirafan Global UNESCO Geopark pada tahun 2028, Gombak Hulu Langat Geopark direka bentuk untuk memenuhi piawaian antarabangsa dengan memelihara landskap semula jadi kawasan tersebut.

Gombak Hulu Langat Geopark meliputi 112,955 hektar yang merentasi daerah Gombak dan Hulu Langat.

Menampilkan 31 geotapak, 20 daripadanya telah diiktiraf sebagai kawasan pelancongan eko dan geo, dengan landskap semula jadi dan geologi Selangor yang masih kekal terpelihara.

Gombak Hulu Langat Geopark yang diterajui oleh Tourism Selangor turut disokong rakan strategi dan komuniti setempat, termasuk PLAN Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Selayang.

Majlis pengisytiharan turut dihadiri oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam , Nik Nazmi Nik Ahmad danĀ Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast