GENEVA – Kes demam campak melonjak 20% di seluruh dunia, menjangkiti 10.3 juta orang pada 2023, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, WHO berkata, lonjakan kes disebabkan liputan imunisasi yang tidak mencukupi di seluruh dunia.

Menurutnya, kes demam boleh dicegah dengan dua dos vaksin tetapi lebih daripada 22 juta kanak-kanak terlepas dos pertama vaksin campak pada tahun 2023.

Di seluruh dunia, dianggarkan 83% kanak-kanak menerima dos pertama vaksin campak tahun lepas, manakala hanya 74% menerima dos kedua yang disyorkan, tambahnya.

Untuk mencegah wabak dan melindungi populasi daripada salah satu virus manusia yang paling menular di dunia, WHO berkata, liputan 95% atau lebih daripada dua dos vaksin campak diperlukan di setiap negara dan komuniti.

“Vaksin campak telah menyelamatkan lebih banyak nyawa berbanding vaksin lain dalam tempoh 50 tahun lalu.

“Untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa dan menghentikan virus maut ini daripada memudaratkan mereka yang paling terdedah, kita mesti melabur dalam imunisasi untuk setiap orang, tidak kira di mana mereka tinggal,” kata ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Akibat jurang global dalam liputan vaksinasi, 57 negara mengalami wabak campak yang besar pada 2023, yang menjejaskan semua wilayah kecuali Amerika, dan mewakili peningkatan hampir 60% daripada 36 negara pada tahun sebelumnya, menurut WHO.

Data baharu agensi itu menunjukkan dianggar 107,500 orang, kebanyakannya kanak-kanak di bawah lima tahun, meninggal dunia akibat campak pada 2023, sedikit pengurangan sebanyak 8% berbanding tahun sebelumnya.

Pengurangan sedikit kematian ini disebabkan terutamanya oleh lonjakan kes berlaku di negara dan wilayah yang mana kanak-kanak yang menghidap campak kurang berkemungkinan untuk mati disebabkan status pemakanan yang lebih baik dan akses kepada perkhidmatan kesihatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here