This handout picture released by the UAE Presidential Court shows UAE Vice President and Deputy Prime Minister Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan (C) posing for a picture alongside Saudi Arabia's Crown Prince Mohamed bin Salman (CL), Qatar's Emir Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani (CR), Kuwait's Crown Prince Sheikh Sabah al-Khaled al-Hamad al-Sabah (L) and Turkey's President Recep Tayyip Erdogan during the extraordinary leaders joint summit of the Organization of Islamic Cooperation (OIC) and the Arab League in Riyadh on November 11, 2024. (Photo by Abdulla AL-NEYADI / UAE PRESIDENTIAL COURT / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE - MANDATORY CREDIT "AFP PHOTO / UAE PRESIDENTIAL COURT " - NO MARKETING NO ADVERTISING CAMPAIGNS - DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS

PERSIDANGAN Arab-Islam yang berlangsung di Riyadh baru-baru ini mencapai beberapa resolusi terkait situasi semasa di Asia Barat. Penekanan diberikan terhadap keperluan untuk mengadakan gencatan senjata sepenuhnya tanpa syarat, bagi menghentikan kekejaman terhadap warga Palestin. 

Dalam masa yang sama, akses kepada bantuan kemanusiaan perlulah dibuka sepenuhnya bagi memastikan penyaluran dapat dihantar dengan segera ke dalam Gaza. 

Persidangan juga turut menyebutkan keperluan untuk Israel menarik semula tenteranya daripada kawasan yang dijajah, terutama yang telah dijajah semenjak 1967, termasuklah Baitul Maqdis Timur. Ini memperlihatkan kad ‘solusi dua negara’ dimainkan sekali lagi. 

‘Solusi dua negara’ ini juga menjadi antara agenda penting dalam persidangan kali ini kerana kononnya sebuah keamanan yang adil dan komprehensif tidak akan dapat dicapai kecuali menghentikan penjajahan Israel ke atas kawasan Arab, termasuklah Palestin.’ 

Kenyataan ini memperlihatkan bahawa pemimpin Arab-Islam masih berada dalam sindrom penafian; mengangkat ‘solusi dua negara’ dalam keadaan Israel dan Netanyahu langsung tiada niat untuk menuruti solusi tersebut.

Arab-Israeli parliament member Ahmad Tibi watches (R) as a child confronts a member of the Israeli security forces, during a protest against the war in Lebanon and the Gaza Strip, in the Arab-Israeli city of Umm al Fahm, on November 15, 2024, amid the ongoing wars between Israel and Hezbollah and between Israel and Hamas. (Photo by Ahmad GHARABLI / AFP)

Sejarah perjalanan politik Netanyahu tidak pernah menipu. Sepanjang menjadi ahli politik, solusi dua negara inilah antara perkara yang tidak pernah langsung menjadi keutamaan Netanyahu. 

Solusi yang dicadangkan awalnya pada tahun 1937 ini hanyalah ‘angan-angan’ palsu Barat, sebagai cara untuk ‘menghalalkan’ pendudukan Yahudi secara besar-besaran di kawasan yang diperuntukkan kepada mereka; Israel untuk warga Yahudi, Palestin untuk warga Arab. Akhirnya, solusi ini digazetkan melalui Resolusi 181 pada tahun 1947.

‘Solusi’ ini juga diperkasakan pelaksanaannya melalui Perjanjian Oslo 1993, sebuah perjanjian yang dirangka untuk mewujudkan ‘proses perdamaian’ antara Israel dan PLO ketika itu. Bermula daripada itu, Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority – PA) mula diiktiraf sebagai sebuah kerajaan yang memiliki kuasa terhad, memerintah Tebing Barat dan Gaza. 

Namun bukan semua warga Yahudi di Israel menyokong penuh ‘solusi dua negara’ sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku ketika itu. Antara yang menentang dengan kuat Perjanjian Oslo termeterai adalah Benjamin Netanyahu, yang kini menjadi Perdana Menteri Israel. 

Penentangan yang berlaku terhadap Perjanjian Oslo ini membawa kepada beberapa siri demonstrasi jalanan, mengecam dan menggelar Perdana Menteri Israel ketika itu, Yitzhak Rabin sebagai pengkhianat dan Nazi.

Netanyahu sendiri dilaporkan turut terlibat di dalam demonstrasi yang dijalankan. 1995, Yitzhak Rabin dibunuh oleh warga Israel berhaluan kanan dan ramai yang beranggapan bahawa Netanyahu turut bertanggungjawab di dalam pembunuhan tersebut. Selepas Yitzhak Rabin terbunuh, dalam selang masa tujuh bulan, Netanyahu menjadi Perdana Menteri buat kali pertama.

Palestinians displaced from shelters in Beit Hanoun cross the main Salaheddine road into Jabalia in the northern Gaza Strip on bicycles and tuk-tuks following Israeli army evacuation orders on November 12, 2024, amid the ongoing war in the Palestinian territory between Israel and Hamas. (Photo by Omar AL-QATTAA / AFP)

Ketika menjawat jawatan tersebut, Netanyahu melengahkan proses rundingan dengan Pihak Berkuasa Palestin dan bertegas tidak akan melaksanakan apa yang termaktub di dalam perjanjian tersebut.

Menjelang akhir tempoh jawatan Netanyahu pada tahun 1999, pendudukan tentera dan penempatan Israel menjadi lebih kukuh daripada sebelumnya, dan rundingan Oslo berada di ambang keruntuhan. Setahun kemudian, tercetuslah Intifada Kedua – kebangkitan rakyat Palestin menentang pendudukan tentera Israel yang ketika itu sudah memasuki 33 sahun di Tebing Barat, Baitul Maqdis Timur dan Gaza.

Pada tahun 2005, ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan di dalam kabinet Ariel Sharon, Netanyahu telah meletakkan jawatannya kerana protes terhadap tindakan Ariel Sharon yang mengeluarkan seramai 8000 orang warga Yahudi dari Gaza dan empat buah penempatan haram di Tebing Barat.

Walaupun pelan tersebut direka untuk menghalang pembentukan negara Palestin dengan mengurangkan tekanan antarabangsa terhadap Israel untuk berunding, membolehkan Israel meneruskan peluasan penempatan di Tebing Barat yang lebih luas dan kaya dengan sumber, serta Baitulmaqdis Timur, Netanyahu tetap meletak jawatan kerana menentang pengunduran Israel dari mana-mana tanah Palestin. 

Sejak kembali berkuasa pada 2009 untuk penggal keduanya, Netanyahu telah memegang jawatan secara berterusan kecuali selama 18 bulan dari Jun 2021 hingga Disember 2022.

Dalam tempoh tersebut, pemerintahannya telah memperluaskan penempatan secara besar-besaran di tanah Palestin yang diduduki, manakala dia sendiri berulang kali menyatakan penentangan mutlak terhadap penubuhan negara Palestin dan menolak percubaan Amerika Syarikat untuk menyambung rundingan dengan pihak Palestin.

Seperti yang dibanggakannya dalam sebuah video yang dikeluarkan pada Februari 2024: “semua orang tahu sayalah yang selama berdekad-dekad menyekat penubuhan sebuah negara Palestin.”

A Red Crescent member carries a baby out of an ambulance at Al-Ahli Arab hospital, also known as the Baptist hospital in Gaza City, after a house was hit by Israeli bombardment south of the city, on November 12, 2024, amid the ongoing war in the Palestinian territory between Israel and Hamas. (Photo by Omar AL-QATTAA / AFP)

Pada tahun 2010, kerajaan Netanyahu meluluskan pelan untuk membina 1,600 unit penempatan di tanah Palestin yang diduduki di Baitulmaqdis Timur, sehari sebelum Naib Presiden ketika itu, Joe Biden, tiba di Israel untuk lawatan rasmi semasa Presiden Barack Obama berusaha untuk memulakan semula rundingan.

Biden mengutuk keputusan tersebut, menyatakan: “Adalah tanggungjawab kedua-dua pihak untuk membina suasana sokongan untuk rundingan dan bukan untuk menyukarkannya… Keputusan kerajaan Israel semalam untuk meneruskan perancangan bagi unit perumahan baharu di Baitul Maqdis Timur merosakkan kepercayaan itu sendiri.”

Antara 2009 dan 2020, kerajaan Netanyahu memulakan pembinaan lebih daripada 23,696 unit penempatan di tanah Palestin yang diduduki di Tebing Barat (tidak termasuk Baitul Maqdis Timur).

Pada tahun 2023, Israel mencatatkan rekod tahunan tertinggi dalam hanya enam bulan pertama tahun tersebut, dengan meluluskan 12,855 unit penempatan di Tebing Barat dan menerbitkan tender untuk pembinaan 1,289 unit yang telah diluluskan sebelum ini.

Kerajaan Netanyahu juga mengabsahkan kewujudan 22 “pos penempatan” yang dibina menyalahi undang-undang Israel sendiri serta undang-undang antarabangsa. Pada akhir Jun 2024, Israel meluluskan rampasan tanah Palestin terbesar di Tebing Barat dalam lebih tiga dekad, melebihi 3100 ekar.

Pada hari ini, terdapat lebih daripada 700,000 peneroka Israel yang tinggal di tanah Palestin yang diduduki di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, yang jelas melanggar dasar AS yang telah lama wujud dan undang-undang antarabangsa, di sekitar 350 penempatan rasmi dan tidak rasmi.

Banyak penempatan tersebut diletakkan secara strategik untuk memisahkan komuniti Palestin dan membelah Tebing Barat, mengukuhkan kawalan Israel ke atas tanah tersebut, memudahkan tentera pendudukan Israel untuk mengawal populasi Palestin, dan menjadikan penubuhan sebuah negara Palestin yang berterusan secara geografi mustahil.

Lalu, dengan siapa para pemimpin Arab-Islam ini berhajat untuk berunding berkenaan solusi dua negara dalam impian untuk mencapai ‘keamanan yang adil dan komprehensif’ seperti yang dinyatakan dalam resolusi yang dicapai semalam? 

OIC sebagai pertubuhan dunia terbesar selepas PBB sepatutnya mendatangkan resolusi lebih tegas, bukan hanya sekadar desakan-desakan yang kerap kali diulang atas meja rundingan.

Contohi tindakan Raja Faisal ketika mengetuai sekatan minyak ke atas sekutu Israel pada tahun 1973; sebuah tindak balas terhadap tindakan Amerika Syarikat yang membekalkan semula senjata kepada Israel dalam perang Arab-Israel 1973.

Tindakan tersebut menyebabkan Amerika Syarikat dan sekutunya berhadapan dengan krisis ekonomi, harga minyak meningkat naik empat kali ganda dan berterusan dalam takah harga yang tinggi untuk tempoh sedekad, dan menyebabkan negara-negara pengeluar minyak dapat kelebihan untuk mengembalikan semula hak mereka menghasilkan minyak dengan ‘menendang keluar’ syarikat-syarikat Barat yang sekian lama menjarah hasil mahsul negara tersebut. 

Iltizam politik (Political will) pemimpin Arab-Islam hari ini seolah-olah tidak mampu untuk mendatangkan satu keputusan tuntas di dalam menyelesaikan serangan Israel ke atas Gaza, yang kini mula menyerang negara jiran, Lubnan, Iran dan Syria. Sampai bila mahu berterusan bersidang tanpa ada keputusan tuntas?-MalaysiaGazette 

DSC09396-2-1Muhammad Syahmi AfiqMuhammad Syahmi Afiq Mohd. Syukri
Ketua Advokasi & Penerbitan
Cinta Gaza Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast