Makluman operasi yang dibuat oleh Canada Post akibat mogok oleh para pekerjanya.

OTTAWA – Canada Post akan menutup operasinya semasa mogok dilancarkan pekerja-pekerjanya,sekali gus menjejaskan berjuta-juta rakyat Kanada dan perniagaan di seluruh negara.

Mel dan bungkusan tidak akan diproses atau dihantar sepanjang tempoh mogok dan beberapa pejabat pos akan ditutup, kata Canada Post dalam satu kenyataan.

Jelasnya, operasinya akan terjejas untuk item yang sudah ada dalam rangkaian pos dan barangan akan diterima sebaik sahaja mogok selesai.

“Item akan dihantar secepat mungkin setelah operasi disambung semula. Semua mel dan bungkusan dalam rangkaian pos akan selamat dan dihantar secepat mungkin atas dasar masuk dahulu, keluar dahulu setelah operasi disambung semula.

“Bagaimanapun, mogok kebangsaan dalam apa jua tempoh akan memberi kesan kepada perkhidmatan kepada warga Kanada selepas aktiviti mogok tamat,” kata Canada Post.

Tambah syarikat pos itu, penutupan kemudahan di seluruh negara akan menjejaskan keseluruhan rangkaian nasional Canada Post. Pemprosesan dan penghantaran mungkin mengambil sedikit masa untuk kembali normal sepenuhnya.

Kira-kira 55,000 pekerja pos yang diwakili oleh Kesatuan Pekerja Pos Kanada (CUPW) melancarkan mogok di seluruh negara pada hari Jumaat sejurus selepas tengah malam.

Kesatuan itu berkata, selepas setahun berunding dengan sedikit kemajuan, pekerja pos membuat keputusan yang sukar untuk mogok.

Canada Post mempunyai peluang untuk menghalang mogok ini, tetapi ia enggan merundingkan penyelesaian sebenar kepada isu yang dihadapi oleh pekerja pos setiap hari, kata CUPW.

“Mogok adalah pilihan terakhir,” kata CUPW.

Tuntutan yang disenaraikan oleh CUPW ialah gaji yang adil, keadaan kerja yang selamat, hak untuk bersara dengan bermaruah, dan perluasan perkhidmatan di pejabat pos awam.

Perjanjian kolektif yang dirundingkan boleh dicapai tetapi Canada Post mesti bersedia untuk menyelesaikan isu baharu dan tertunggak, tambah CUPW. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here