Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Seorang wanita kerugian RM4,000 selepas menyerahkan barang kemasnya kepada seorang lelaki yang memperdayakannya dalam kejadian di Jaya Gading, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa, 18, yang baru dua minggu bekerja sebagai pembantu jualan kosmetik di sebuah butik didatangi suspek pada jam 1 tengah hari pada 14 November lalu.

“Suspek telah bertanya tentang barangan kosmetik yang dijual dan berborak tentang barang kemas yang dipakai oleh pengadu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mangsa kemudiannya tanpa sedar telah menyerahkan seutas gelang dan rantai serta sebentuk cincin emas kepada suspek.

Dia hanya menyedari kehilangan  barang kemas miliknya selepas suspek keluar dari kedai.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan awal mendapati pengadu tidak pernah melihat suspek tersebut datang kedai sebelum ini.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan masih tiada tangkapan dibuat terhadap suspek sehingga kini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here