Seorang daripada empat lelaki yang melakukan pecah rumah ditemui mati di Jalan Laksamana Sunrise Park, Kota Tinggi malam tadi

KLUANG – Seorang daripada empat lelaki yang melakukan pecah rumah ditemui mati di hadapan sebuah rumah di Jalan Laksamana Sunrise Park di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, suspek mengalami kecederaan yang serius pada bahagian tangan kanan.

“Kemungkinan cedera pada salur darah utama kerana banyak kesan darah dijumpai di lokasi.

“Punca kecederaan masih dalam siasatan sama ada akibat terkena pada pagar besi rumah atau objek lain ketika pecah masuk rumah.

“Atau semasa hendak larikan diri apabila menyedari penduduk setempat dan pihak polis sampai.

“Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai kerana kecederaan yang dialami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian tersebut dikategarikan sebagai mati mengejut namun siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Terdahulu katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima laporan keiadian itu pukul 7.12 malam daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan berlaku kejadian pecah rumah di situ.

Susulan itu katanya, sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah dibantu Unit Rondaan Bermotor (URB) IPD Kluang bergegas ke lokasi kejadian.

Nik Mohd Azmi berkata, seorang suspek ditemukan mati manakala dua lagi berjaya diberkas sementara seorang lagi berjaya melarikan diri.

Kejadian itu ujarnya, melibatkan empat suspek warga tempatan berusia 29 hingga 48 tahun.

“Semakan mendapati keempat-empat suspek termasuk si mati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan narkotik dan jenayah manakala saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek yg ditahan positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Tambahnya, suspek yang melarikan diti itu dikenal pasti sebagai Sahli Talib, 39, dengan alamat terakhirnya di Kampung Belukar Gunong, Bachok, Kelantan dan giat dikesan kedudukannya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ujarnya, orang ramai yang mengetahui kedudukan atau mempunyai maklumat berkaitan suspek masih bebas itu diharap dapat menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berdekatan.

“Permohonan reman ke atas kedua-dua suspek yang diberjaya ditahan dilakukan hari ini,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here